Isnin, 3 September 2012

SEJARAH PENULIS ISTANA DI ZAMAN SULTAN ABDUL HAMID

Sejarah Penulis Istana (Tukang Karut Sejarah) di zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah

Muhammad Hassan Bin Muhammad Arshad adalah penulis yang dilantik oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah untuk memutarbelitkan sejarah dengan mengatakan Sultan Abdul Hamid Halim Shah adalah keturunan raja Kedah. Berikut adalah sumber yang disampaikan oleh Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah kepada Nai Long Mahmud iaitu cucu Sultan Jaafar Madazam Syah. Perlu diingat pembaca semua, bahawa mereka ini sudah pun meninggal dunia namun kisah ini sudah pun menjadi wasiat dan kita tahu tuntutan wasiat mengikut hukum agama Islam.

Keluarga Raja Besar Benua Siam amat berterima kasih kepada beliau kerana tidak membunuh Nai Sofiah, namun tulisan beliau atas perentah sultan telah menafikan hak-hak mereka dalam sejarah negeri Kedah yang telah disembunyikan.
Nai Long Mahmud pula telah menceritakan peristiwa ini kepada cucunya Nai Long Kasim ibni Nai Long Ahmad. Menurut Sultan Badlishah, ayahandanya Sultan Abdul Hamid mempunyai isteri dari penganut Buddha yang bermadu dengan bonda Sultan Badlishah iaitu Nai Sofiah. Nai Sofiah ialah anak saudara Datuk Nai Mariam permaisuri kepada Sultan Muhammad I Kelantan dari keturunan Siam Islam. Datuk Nai Mariam ialah nenek kepada Nai Long Mahmud. Isteri Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang menganut Buddha ini berasal dari kerabat diraja Thailand Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang khun.
Apabila berkahwin dengan Sultan Abdul Hamid Halim Shah beliau di gelar Mak Incik Manjalara. Pada tahun 1881 Mak Incik Manjalara membina sebuah Wat untuk upacara agama Buddha di Kampung Bakar Bata Alor Star dan dinamakan Wat Kanchut. Bangunan tersebut masih terletak di belakang Muzium negeri Kedah sehingga hari ini. Mak Incik Manjalara, isteri kedua sultan mengarahkan Muhammad Hassan Bin Muhammad Arshad untuk membunuh Nai Sofiah, ibu Tunku badlishah tetapi Muhammad Hassan tidak sanggup membunuh, sebaliknya beliau melarikan Nai Sofiah ke India untuk disembunyikan.
Sementara itu Tunku Badlishah (kemudiannya Sultan Badlishah) telah diusir dari istana dan beliau tinggal bersama Datuk Nai Maryam ibni Syed Sheikh Abdul latif Al Fatani yang menawarkan diri untuk membesarkan beliau. Di sini baginda dewasa bersama keluarga Nik Muhammadiah, TNL Haji Yassin dan bersahabat baik dengan anak-anak TNL Hj Yassin iaitu TNL Mahmud dan TNL Abdullah. Ketika itu TNL Kassim masih budak-budak lagi. Akhirnya Muhammad Hassan ditangkap di India dan dibawa balik ke negeri Kedah dan dipaksa mengadakan cerita sejarah mengatakan raja Kedah asalnya beragama Hindu atau menerima hukuman. Dengan itu Muhammad Hassan menulis cerita Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah mengatakan Maharaja Derbar Raja memeluk agama Islam dalam tahun 1927.


Dua keratan yang di petik dari tulisan Dr Jelani Harun bertajuk “Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah Darul Aman : Muhammad Hassan dan Kepengarangan Istana Melayu Awal Abad ke 20″, Warisan Mahawangsa Kedah diterbitkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah.
Apabila Sultan Abdul Hamid Halim Shah mengetahui Nai Sofiah masih hidup maka baginda menceraikan Nai Sofiah. Daripada tarikh inilah Tunku Badlishah tinggal dibawah jagaan datuk saudaranya Datuk Nai Mariam di Alor Pak Ngah, Mukim Tajar Kota Star Kedah. Apabila Raja Muda Tunku Aziz mangkat tiba-tiba, Tunku Badlishah yang sudah dewasa pun dinaikkan kerajaan menjadi Raja Muda Kedah Darul Aman.
Pada tahun 1943 zaman pemerintahan tentera jepun memerintah negeri Kedah Sultan Abdul Hamid Halim Shah pun mangkat. Mak Incik Manjalara mencadangkan kepada pemerintah tentera jepun agar melantik puteranya Tunku Muhammad Jiwa dijadikan Sultan Kedah kerana beliau mengatakan kononnya Tunku Badlishah bukan anak gahara dan tak layak untuk menjadi Sultan Kedah.
Di sini penghulu Mukim Tajar iaitu Nai Long Mahmud, cucu Sultan Jaafar Madazam Syah membantah dengan mengatakan Tunku Badlishah ialah anak gahara dan berhak untuk menaikki takhta Kesultanan Kedah. Cadangan Nai Long Mahmud itu disokong oleh Dato’ Shariff Awang Osman. Dengan itu, Tunku Badlishah pun ditabal di Balai Besar untuk menjadi Sultan Negeri Kedah Darul Aman bergelar Sultan Badlishah. Baginda adalah ayahanda kepada Sultan Abdul Halim Muazzam Syah, Sultan Kedah sekarang ini.
Semasa pertabalan baginda dipakaikan tengkolok yang disediakan oleh penghulu-penghulu kerabat diraja Siam Kedah. Mak Incik Manjalara mengarahkan Tunku Badlishah dipakaikan mahkota Sultan Abdul Hamid tetapi mahkota itu diambil oleh Nai Long Mahmud sambil mengatakan Tunku Badlishah telah dipakaikan tengkolok jadi mahkota ini beliau di pegang sahaja.
Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah ditulis bagi menutup sejarah sebenar Raja Merong Mahawangsa dan keturunan Bangsa Siam Islam yang pernah memerentah negeri Siam. Pada masa itu mereka mungkin tidak menyangka bahawa suatu hari, 78 tahun dimasa depan, manuskrip Undang-Undang Kedah akan dikembalikan oleh Inggeris dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 2005.
Haruskah keluarga waris Raja Besar Benua Siam Islam yang masih ada hari ini hanya mendiamkan diri padahal bukti manuskripnya (bukannya hikayat) ditulis jauh lebih awal dari Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah sudah ada dalam genggaman?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin