Khamis, 6 September 2012

PANDUAN NASA KE PLANET MARIKH

Ilustrasi pelukis mengenai operasi Curiosity di permukaan planet Marikh pada 5 Ogos lalu. Imej kredit : KOSMO.

Gambar-gambar yang dihantar kenderaan robotik Curiosity menunjukkan Marikh kelihatan seperti sebuah planet mati, lapor akhbar The Sun kelmarin. Berdasarkan gambar-gambar berwarna yang dihantar kenderaan itu, permukaan planet tersebut tandus dan berbatu-batu.
Gambar-gambar itu dihantar ke sebuah makmal Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat di sini. Tiada pokok kelihatan di permukaan Marikh berdasarkan gambar-gambar yang dihantar Curiosity. Bukit-bukau yang terdapat di planet itu menunjukkan ia digambarkan mirip Gurun Mojave di California, Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, para saintis percaya permukaan tanah di planet tersebut tidak tebal sekali gus membolehkan kenderaan itu menggerudi dengan mudah. Menurut seorang saintis, John Grotzinger, tujahan roket kenderaan robotik itu menyebabkan terbentuk parit sepanjang 0.5 meter di permukaan Marikh.
"Ia kelihatan seperti kami dapat menyaksikan batuan dasar planet Marikh," katanya yang merupakan saintis dari Institut Teknologi California yang berkhidmat untuk misi NASA itu. Kenderaan robotik itu mendarat di Marikh pada 5 Ogos lalu dengan misi selama dua tahun untuk mencari sebarang tanda kewujudan kehidupan.

Gambar pemandangan tandus berlatarbelakangkan banjaran gunung di planet Marikh yang diedarkan oleh NASA paad 9 Ogos lalu. Kredit : NASA.

Ia mendarat di Kawah Crater yang mempunyai pemandangan Gunung Sharp dan jerebu. Kos projek yang dikendalikan NASA itu ialah AS$2.5 bilion (RM7.8 bilion). Kenderaan robotik berkuasa nuklear itu mengharungi penerbangan sejauh 566 juta kilometer selama lapan bulan sebelum tiba di Marikh.
Gambar-gambar itu dihantar menerusi dua satelit NASA yang mengorbit Marikh selepas dirakamkan Curiosity. Setakat ini, pihak kawalan misi robotik percaya kenderaan robotik itu bertindak balas terhadap setiap arahan yang telah diberikan. Pengarah misi Curiosity, Michael Watkins memberitahu, selepas tiga hari kenderaan tersebut berada di Marikh, ia melakukan setiap aktiviti tanpa sebarang halangan.
Selain mencari kewujudan benda hidup di Marikh, kenderan robotik sebesar sebuah kereta itu akan menganalisis tanah dan sampel organik selain mengesan kehadiran air serta mengenal pasti unsur-unsur kimia pad batu-batu dan tanah.
Pada Julai lalu, sekumpulan ahli astronomi yang menggunakan teleskop NASA dilaporkan telah menemui satu sistem suria yang hampir sama dengan Bumi. Sistem itu mempunyai beberapa buah planet yang mengelilingi Matahari. Ia terletak kira-kira 10,000 tahun cahaya dari Bumi - Agensi








































Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin